Nuffnang Ads

Friday, July 1, 2011

DIVA



Akhirnya! CPU dah elok! tak perlu lagi online menggunakan laptop papa yang kecil lagi comel lagi menambahkan tahap kerabunan aku. -.-

terima kasih sepupuku yang genius tahap cipan iaitu muhammad aswan! (hamek kau aku sebut nama penuh)

Pagi tadi aku teman mama ke sekolah Dayana. Dia ada interview. ingat tak?



ini pula adalah wajah peneman yang bagai melukut di tepi gantang sahaja -.-



selepas itu aku ambil alya dan aifa di sekolah, beli makanan di kedai, emir pulak buat hal dalam kereta.

wajah budak debab yang nakal dan comel sedang bosan dah tak tahu nak buat apa dalam kereta dan sedang mencari idea nak duga kesabaran aku lagi memandangkan aku ni kakak yang baik (okay aku tengah angkat bakul sendiri tapi biarkan je).



muka tahan sabar

alya tidak balik ke rumah malam ni. esok kan ada lariam 1Murid 1Sukan, so TIDAK ada seorang pun manusia dalam rumah ini yang nak hantar dia awal pagi. esok sabtu okay,masa untuk berehat dan liburan =p

so makcik kepoh tu kami hantar dengan sukacitanya ke rumah makcik aku di Beverly Hills, alah, rumah aifa lahh. hueuhuehuehueeeee

gembira gembira gembira. guling guling guling kat katil yang besau dengan bahagia. bahagia bahagia bahagia. aku conquer bilik malam ini. happy happy happy. sekarang aku boleh gedik-gedik dalam bilik sengsorang dan takde orang nak kepoh-kepoh. oh, bahagia =)

ok la, aku nak online benda lain pulak. babai tata tutu titi adios kamsamnida!

No comments: