Nuffnang Ads

Saturday, July 2, 2011

bersama kanak-kanak riang

GEMBIRA.

Ya, aku agak gembira pada hari ini. Deringan telefon pada pukul 8 pagi mengejutkan aku. Terima kasih banyak-banyak ain, kerana telah menganggu mimpiku. -.-

Inilah sikap aku, bila sudah bangun, agak payah nak tidur balik. Okay, aku tipu, sebenarnya dapat bantal sudah cukup untuk buat aku terbang ke alam mimpi. hehe. Aku memutuskan untuk terus bangun sahaja kerana tak elok anak dara bangun lewat. Okay, aku tipu lagi. Sebenarnya sinaran matahari yang menembusi langsir bilik membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata kembali.

Menonton Rancangan ulangan Kemuncak Imam Muda. Oh handsome sungguh calon suami idaman semalaysia ini. Tahniah Pada Imam Muda Hassan kerana telah dinobatkan Juara. Aku memang suka tengok imam muda ni, usha calon suami la katakan. gedik woh! ngeh3. Oops! maaf incik kekasih, gurau sahaja! Anda tetap di hati saya =)

Kemudian mandi dan bersiap-siap sebab mak cik aku, ain dah telefon banyak kali minta aku dan papa datang ke mesyuarat persatuan cucu cicit datu bubin. ehem, keturunan panglima garang la katakan. hekhekehk. Mesyuarat sepatutnya bermula pada 10 pagi, tapi dah keturunan VVIP, aku dan papa datang pada pukul 11.30 pagi. dasar mengada betul ah. hehe.

mesyuarat ini di adakan untuk membincangkan aktiviti yang akan dilakukan agar dapat mengeratkan silaturrahim di antara sanak saudara. aku tak amek port sangat sebab acara akan diadakan pada 24 julai, aku kan duduk kemaman masa tu, so -.- lah jawabnya.



Biarlah mereka  membincangkan apa yang sepatutnya. Janji aku dapat:


Ya, MELANTAK. *muzik lagu bahagia berkumandang*

selepas itu ambil alya di beverly, dan singgah sebentar di pekan kinarut. Kebetulan kami melalui stesen keretapi, papa lantas bertanya, "mahu naik keretapi?".

pucuk dicita ulam mendatang! dengan sepantas kilat aku dan alya membeli tiket yang berharga RM1.10 seorang untuk laluan kinarut-pekan papar. Oh eksaited sungguh hamba! Maaf, aku memang sudah biasa naik monorel dan LRT, tapi keretapi sabah? seingatku TIDAk pernah. Well, menurut mama masa kecil dahulu aku pernah naik. tapi ye la, masa kecik-kecik dulu aku tahu apa kan? =.=

Sebaik sahaja kami membeli tiket, kami terus duduk di ruangan menunggu. Kesian papa balik ke papar sorang-sorang. hehe.

TIKET
wajah teruja.
perjalanan dari kinarut ke papar memakan masa sekitar 20 minit sahaja. so it's quite an experience.



maafkan kami atas wajah teruja + gedik sebab teruja yang dipaparkan diatas. huehuehuehuehueheuhue. Perkhidmatan adalah baik, tapi saranan saya agar bila berhenti di sesebuah stesen, buatlah macam LRT tu. bila berhenti kami terpinga-pinga tak tahu dah berhenti dekat mana. kan kalau LRT berhenti ada suara perempuan cakap " stesen subang jaya" atau "stesen kl sentral". just bagi contoh okehh.

harap pihak keretapi sabah upgrade lagi agar kita mampu setanding dengan kuala lumpur. sabah boleh bah!

No comments: