Kenapa aku penat?
muka stress campur penat campur kebuluran |
Sebab aku memang betul-betul jadi driver keluarga hari ini. Bermula 11 pagi, aku keluar ambil mama kat office, ambil makcik aku dekat umah dia yang terletak kat beverly hills. oops! bukan kat USA tu okeh, kereta aku tak mampu lagi nak terbang, heheheeee. beverly hills jalan bundusan, kota kinabalu, sabah jer -.-
ok, sambung cerita. Lepas ambil makcik aku, pergi supermarket sebab pak cik aku kirim beli barang-barang. lepas tu ambil anak makcik aku kat sekolah tzu yu, ambil adik aku emir di tanjung aru, hantar mama dan emir ke luyang perdana, beli makanan kat kfc, hantar kfc ke luyang perdana, pergi sutera harbour ambil pakcik aku (laki makcik aku) dan hantar dia ke rumah datuk akbar, dan akhirnya boleh balik ke luyang perdana semula. Okay, aku keluar pukul 11 PAGI kan? aku akhirnya balik dan lepak luyang perdana pada pukul 2 PETANG. TIGA JAM aku terbuang DRIVING KERETA SAHAJA. balik je trus duduk kat meja makan, melantak. siyes lapar, penat beb!
ni la yang aku paling benci. TRAFFIC JAMMED. |
Redha je la kan. |
Perut pun kenyang, tugas di sambung kembali. 3 Petang aku keluar lagi, ambil lya, aifa dan dayana. lepas tu ambil afiq pulak. sampai umah luyang perdana pukul 4 petang. lepak kejap, gerak lagi balik papar. kul 5 petang sampai jugak aku kat umah. Alhamdulillah =)
muka bahagia dah sampai umah. bahagia ke? ke duk pikir katil ngan bantal nih? |
Oh bahagia bahagia bahagia. sayang sayang sayang dekat kalil, bantal, selimut, tilam, cadar aku. hihihi
sayang sayang sayang. guling guling guling kat katil, oh gedik sungguh. takpe, aku sorang je, ley gedik lebih-lebih dengan bantal tercinta. hehe.
Oh ya, esok aku kena teman mama ke sekolah dayana, ada mat salleh nak interview mama dan mama memerlukan kepakaran ber'speaking de very london' aku. ngeh ngeh. ok lah, aku nak pikir baju apa nak pakai esok. gedik kan? yang nak kena interview mama, tapi yang gedik lebih-lebih aku. takpe, bukan selalu kan? hihi =)
No comments:
Post a Comment