Nuffnang Ads

Friday, February 17, 2012

Perbezaan Konvokesyen dan Graduasi

Assalamuaaikum,

Maaf lama tak update ya saudara/saudari sekalian. Sejuk hati aku bila buka blog, jumlah pembaca aku meningkat, berapa orang? biarlah aku sahaja yang tahu, kalau aku sebut kang kau orang cakap berlagak pulak. heeeeeeeeee =)

Terima Kasih pembaca-pembacaku! (buat bentuk love guna tangan macam dalam drama korea)

Hari ini hari yang gembira dan semestinya aku ada sebab untuk update blog aku, okay, kai ini aku nak berlagak sikit! Apa? Nantikan! Sebelum itu, aku nak kongi sesuatu dengan kau orang semua. Tengok tajuk pun kau orang mesti dah tahu kan?

PERBEZAAN DI ANTARA KONVOKESYEN DAN GRADUASI.


Okay, aku banyak google dan buat research sikit pasal dua perkataan ini. Dan hasilnya adalah;


konvokesyen/konvokésyen/ perhimpunan atau majlis yg diadakan sempena upacara penyampaian ijazah di universiti dsb.
graduanmahasiswa atau mahasiswi yg akan menerima ijazah pd masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah).


Apakah maksud graduasi, dari mana asal perkataan ini dan bolehkah digunakan dalam bahasa Melayu?Tiada kata graduasi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Hanya kata graduan yang terakam dalam kamus, iaitu mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah.


sumber adalah daripada Laman Web Pusat Rujukan Persuratan Melayu atau PRPM. Nak lihat sendiri KLIK DI SINI.

Ada sebab aku sibuk buat research ini semua. Kenapa? Sebab Kolej aku hantar surat yang mengesahkan aku layak menyertai Konvokesyen ke-4 RETI!!

Memang aku gembira, memang aku suka! Perjuangan aku 3 tahun berbaloi bila dapat hasilnya, Dipoma =)
Aku dengan ini dah senangkan hati parents aku, alhamdulillah. Inilah hadiah aku atas pengorbanan mereka dari segi masa dan wang ringgit selama ini. Insyallah, aku nak sambung belajar lagi, nak tunaikan hasrat dan impian Bapak aku, juga impian aku.

 Tapi, Sebuah Institusi Pinjaman Pelajaran ni, tempat aku loan nk study, hantar aku surat dan gunakan perkataan GRADUASI. Sebab itu aku research perbezaan graduasi dan konvokesyen ni. Nak clear things up. Aku harap kau orang pun dapat manfaatnya, tak la blur nak guna perkataan mana satu yang betul lepas ini, kan? kan? heeee

Sekarang ini, aku hanyalah seorang GRADUAN, tapi akhir bulan april depan, aku akan bergelar seorang SISWAZAH. Ohh, bangganya! *tepuk tangan untuk diri sendiri*

Pembaca sekalian, SISWAZAH dengan GRADUAN pun BERBEZA. Tak percaya? check dengan DBP ok? =)

haaaaa. kan aku dah cakap tadi, aku nak berlagak sikit. hoho.

Happy Graduating everyone!

2 comments:

Anonymous said...

pening....dalam borang suruh isi TAHUN GRADUASI?
apa maksud tahun graduasi ni?
adakah tahun masukan institut atau
keluar institut?

Anonymous said...

ko pening ko punye pasal ada aku kesah