Nuffnang Ads

Sunday, July 3, 2011

Cita-citaku =)

Bagi yang mengenali aku pasti tahu aku punya impian, cita-cita serta matlamat hidup. Aku dah plan hidup aku camna sejak aku tingkatan 3 lagi. Diploma aku hampir selesai dan kini tibalah masanya untuk aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, seperti dalam perancangan aku. Memang kita hanya mampu merancang, dan alhamdulillah, setakat ini perancangan hidupku dimakbulkan tuhan yang maha esa. =)

Petang tadi aku mengajak mama temankan aku ke Australian Education Fair yang di adakan di Hyatt hotel, Kota Kinabalu. Pastinya peluang yang tidak harus dilepaskan bukan begitu?

Fokus saya hanyalah kolej atau universiti yang menawarkan OSH related courses atau Maritime related courses sahaja. Kenapa? sebab sudah menjadi impian aku untuk bekerja dalam bidang maritim. Aku sudah membuat perancangan sendiri, apa ingin aku lakukan dalam hidup, sudah membuat plan A dan plan B. Ya, aku agak perfectionist dalam merancang kehidupan aku. kenapa? sebab aku nak senangkan keluarga aku, especially my beloved parents yang selama ini sentiasa menjadi tulang belakang dan penyokong kuat setiap keputusan yang telah ku lakukan. Aku nak balas segala jasa dan budi mereka, aku nak bantu mereka besarkan adik-adik aku agar mereka ini menjadi lebih baik dari aku. =)

besar bukan cita-cita aku? bagi aku, usaha tangga kejayaan. atas sebab inilah aku akhirnya memilih untuk meneruskan pelajaran ke Australian Maritime College, AMC. AMC adalah salah satu daripada top 10 best  maritime schools in the world.

aku hanya mampu berharap anda semua doakan kejayaan aku, doakan agar aku dapat meneruskan pelajaran dan bahagiakan kedua orang tua aku. keep your fingers crossed guys! bagi sesiapa yang ingin meneruskan pelajaran ke bidang maritim di luar negara, i suggest you to surf this website.

Australian Maritime College

Goodluck okehh!  And i hope to see you guys there too! =)

No comments: