Nuffnang Ads

Sunday, June 19, 2011

Tips mengekalkan Hubungan Jarak Jauh



Seperti yang anda tahu, saya dan encik kekasih kini mengamalkan hubungan jarak jauh. Dia di Kedah, Saya di Sabah. Ya, MEMANG jauh. Alhamdulillah, kami masih bersama dan hubungan kami masih kukuh seperti sebelum berjauhan. Anda juga mengalami situasi yang sama? Meh kita kongsi beberapa tips ea?








1) Sentiasa percayakan dia walaupun hati ini penuh rasa curiga.






2) Hantar hadiah seperti coklat, kek ataupun muffin ke rumahnya secara mengejut. Buat blog surfing dan anda akan temui banyak blog yang menawarkan perkhidmatan menghantar hadiah tersebut ke rumah si dia. tapi pastikan pemilik blog berkenaan berada di kawasan hampir dengan si dia! Oh ya, keluarganya juga akan surprised dan anda akan score 10 points di sana ya! ngeh3.






3) beri kebebasan sepenuhnya kepada si dia. sounds crazy? tapi percayalah,lagi korang percayakan dan bagi kebebasan, si dia pasti takkan buat hal.






4) tanyakan khabar orang paling si dia sayangi ( selain anda) seperti mak, abah, atau adik kecilnya =)








5) Sekali sekala, buatlah pengorbanan dan kerja gila seperti naik bas selama 12 jam, dating bersamanya seharian, dan naik bas lagi 12 jam balik ke tempat anda. Si dia pasti terharu.








6) sentiasa ingatkan si dia tentang kenangan di antara anda berdua, samada perkara gila-gila ataupun  perkara yang menakutkan anda, seperti di kejar polis. =p






 sebenarnya banyak lagi, tapi apa kata anda beri idea anda pula? jum kita kongsi tips ramai-ramai! 

No comments: