Nuffnang Ads

Sunday, June 19, 2011

Hot

Cemburu. Ya, aku sedang cemburu. Sabar? Oh, TIDAK. Korang mesti pernah lalui apa aku lalui sekarang ini kan? jangan tipu okay. Buah Hati aku sedang ber'reunion' dengan teman-teman kolej yang juga merupakan teman-teman aku. kenapa aku cemburu? aku harus cemburu sebab sudah hampir setahun aku tak jumpa kawan-kawan aku, sebab itu aku harus cemburu. Lagi satu, teman baik juga aku keluar bersama buah hati aku. Aku tidak kisah sebenarnya, aku percayakan buah hati aku dan kawan-kawan aku. Tapi, harus ke hantar mesej yang berbunyi seperti:


"Cik, aq pnjm laki ko jap bley?"


STRESS. Ya, Aku sedang stress memikirkan makna serta maksud mesej tersebut. Malas rasanya aku hendak membalas mesej tersebut, aku takut jiha hatiku terluka jika membalas mesej tersebut. Aku tahu tidak sepatutnya aku mencurigai teman baik sendiri, tapi aku pun manusia, aku cemburu jika ada insan bergelar wanita mendekati encik kekasih aku, biar orang itu teman baikku sendiri. Pedih hati aku memikirkan perkataan pinjam itu. Adakah encik kekasih itu sebuah patung yang boleh dipinjam? Ah, biarlah mereka.


Encik kekasih cuba menghubungiku sejak dua jam yang lepas, tapi berat hatiku hendak menjawab panggilan tersebut. Aku tahu aku bakal membuatkan dia marah, tapi aku juga sedang memujuk hatiku yang sedang membara. Biarlah dia bergembira bersama teman-teman, aku adalah seorang kekasih yang memahami, aku tidak akan menghalang dia bergembira, biarpun jika ia mampu mengusik jiwa dan perasaanku sendiri. Ya, aku memang cintakan dia sepenuh hati, dan aku sanggup berkorban apa sahaja demi dia.


Aku cuba untuk memujuk hatiku dengan baking oreo cupcakes, tapi hati ini tetap gundah gulana disebalik senyuman apabila melihat kegembiraan adik-adik, mama, makcik dan sepupuku menikmati hasil tanganku ini.


Tapi, adakah tindakan aku ini betul? atau salah sebenarnya? Ah, aku buntu. Bantu aku wahai pembaca blog sekalian. Aku buntu.

No comments: