Nuffnang Ads

Tuesday, June 21, 2011

iPad percuma?

oh, penatnya aku hari nih! Tapi, aku tetap nak menulis. hek eleh, padahal kau bosan kan minah gedik? oops! tak boleh panggil minah sebab nama mak aku aminah nanti dia ingat aku cakap dia gedik pulak walaupun ada la sikit-sikit kot tu yang menurun dekat aku. huehuehue



Bapak aku baru sahaja balik dari China, okay korang jangan salah faham kami memang tak ada harta, bapak aku ikut rombongan company okay, dia di tanggung syarikat. ada faham? okay, move on.
So aku sebenarnya pesan kamera dslr sahaja sebab aku memang nak sangat camera tu. aku dengki tahu tengok orang lain jenjalan gantung kamera tu dekat leher. oh,sungguh cemburu. sila cemburu bersama saya. 0_0



tapi bapak aku tak sempat nak cari kamera idaman aku. aku tak nak la beli dekat malaysia ni sebab mahal lah. kalau dekat china tu confirm murah punya lah kan? instead of dslr, bapak aku beli ipod 1, ipad 2, iphone 2 dan blackberry bold 1. wah! banyaknya! melaram lah kau erk gedik?! TUNGGU!kesemua barangan ini adalah made in CHINA. Ya, bukanlah barangan Original, tapi aku bersyukur. (buat muka syukur)



Ye la, selama ini hanya mampu telan liur basi sahaja melihat orang lain dengan selamba peluk ipad masing, bertelefon menggunakan iphone atau blackberry dan mendengar lagu menggunakan ipod. Takpa lah kawan, biar ciplak asalkan merasa. Oi! Barang ciplak pun kau nak show off ke dekat sini? blah lah oi! Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi realiti. Bukan semua orang mampu memiliki barangan tersebut, termasuk saya. Jadi adik-adik yang dah mampu memiliki kemewahan tu bersyukur lah ya, jangan lupa jasa mak bapak adik-adik tahu? (tiba-tiba bajet nak bagi nasihat dekat orang muda sebab nak nasihat orang tua memang sah kena pelempang ah)





Yang, pasti, ciplak tetap ciplak.
(muka bersyukur)

No comments: