Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

Malam yang hangat bersama Man kidal

Fuh! Akhirnya, ada juga masa blogging. Sebenarnya sudah lama aku nak update blog aku ni, tapi asyik busy manjang sahaja. Kalah PM tau!huehuehuehuehue

Ok, walaupun cerita ni dah lapuk, aku tak kira, aku nak story jugak.Sabtu yang lepas, daerah yang aku sayangi, daerah Papar, Sabah telah menganjurkan pesta gambus. Aku ni main gitar tak reti, apa lagi gambus kan. Tapi oleh kerana semangat kemasyarakatan yang tinggi, aku gagahi jua diri pergi pesta tuh. Ok, aku tipu. Sebenarnya yang buat aku bersemangat naki pergi is because of MAN KEEDAL. Yes, bukan KIDAL tau sebab dia sendiri yang eja camtuh kat album dia. Selalu jugak aku dengar tentang kehebatan dia ni, so peluang dah ada depan mata, kita kena rembat lah kan. FREE pulak tuh. selama ini hanya mampu melihat di kaca TV, tapi kali ini LIVE okay. sila dengki wahai peminat MAN KEEDAL sekalian. huehuehue

Bagi penduduk sabah mesti tahu pesta gambus ini diadakan serentak dengan JOM HEBOH kan? Kenapa aku tak pergi pesta yang lagi banyak artis? Aku memilih pesta gambus kerana:

1) TAkde $$$
2) pikir minyak kereta yang juga memerlukan $$$
3) Jauh. (48Km woi!)
4) Traffic Jammed
5) Aku nak tengok man keedal jugak

Ok, alasan no.5 aku tipu, sebenarnya pesta gambus ni lagi dekat dari jom heboh, 10 minit je dari umah. hehe =p

MAN KEEDAL is a GENIUS. SERIOUS. sesiapa yang tengok dia main guitar tuh confirm akan terkesima. Aku beruntung sebab dapat pergi backstage untuk have a little private session with him. Aku ditemani Alya okay, so takde maknanya nak kena tangkap basah -.-

ok, sori gambar mereng.


He's a great musician. Bini ( YES, ISTERI PUN ADA OK) sangat baik dan friendly dan sporting dan sangat down to earth. It was a great night. BAHAGIA SELAMANYA =)



TUNGGU!!!

Masa dah habis pesta tu, dan VIP sudah berangkat pulang, terjadi satu insiden yang agak memalukan. Malam Man keedal buat performance ni sebenarnya malam kemuncak pesta gambus, ada pertandingan. So bila keputusan di umumkan, Kampung L ni dapat second place. Masa Man Keedal tengah diserbu di pentas untuk sesi bertemu peminat ni, peserta dari kampung L ni boleh pulak bergaduh dengan technician pertandingan kat belakang dewan. BODOH betul lah. Kau nak gaduh jangan la depan tetamu (Man keedal) kan. Kalau dah kalah tu terima je la. Ni boleh pulak salahkan technician. BODOH tahap cipan ah. memang memalukan sangat-sangat. Ok, aku secara tiba-tiba emo. Ok, tutup cerita. hekhekhek

Sementara orang ramai yang sememangnya busy body, sibuk berkumpul nak tengok orang gaduh, aku, alya dan papa naik ke pentas dan tarik man keedal. Amek kau! Korang nak gaduh lantak lah! biar bapak aku dapat amek gambar ngan man keedal pulak. hehehehee



No comments: