Nuffnang Ads

Tuesday, May 24, 2011

saya minah eletronik

Sekarang ini musim baking. semua nak buat bisnes jual cupcake, kek, biskut dan macam2 lagi. ada yang sedap, ada yang ehem ehem. ada yang murah, ada yang mahal nak mampos. Macam-macam jenis ada woh.

Aku pun tak terkecuali dari penangan baking-baking ni. Aku memang suka masak-masak, tidak kira snack atau kek atau main course. Darah chef memang ada dalam diri aku ni kot (ok nak perasan sikit je). Pantang ada bahan2 mentah dekat rumah, aku suka buat eksperimen buat resipi sendiri. Okay aku mengaku aku perasan jadi chef channel 706 tuh tapi lantak lah janji aku bahagia. hoho. Kadang-kadang masakan aku menjadi, kadang-kadang tidak, tapi biasalah kan, dah namanya eksperimen. -.-

Oleh sebab demam baking yang sedang melanda diriku, mama dengan baik hatinya belikan aku n alya mixer n oven. FINALLY! sekarang sudah tidak perlu berlenggang sarat bawa bahan ke rumah makcik di sebelah demi meminjam mixer dan oven nak buat kek/cupcakes sendiri. sangat bahagia dan bangga. mama juga beli blender baharu sebab blender lama tak rosak, tapi penutup dia dah tak dapat diselamatkan. kesian. -.-
kini boleh buat jus segar setiap hari. sihat. sihat. sihat. kini hari-hari boleh buat kek dan jus segar.okay, tipu. tauke tepung dengan gula dengan telur boleh bankrupt kalau gitu. tapi takpe, sebab aku sedang bahagia dan nak angan-angan macam-macam. hihi. okay, malam ini nak tidur bersama oven dan mixer baru. alya, sila pacakkan khemah diluar bilik sebab aku taknak tidur dengan kau malam ini. haha.

aku malas nk upload gambar mixer ngan oven skunk, tapi kalau aku baking kompom aku upload okeh! hihi. oh, ya, breakfast di sri keningau, putatan bersama mama sementara tunggu ibu(mak mama-nenek aku) buat appointment dekat klinik kesihatan putatan. mama makan rojak, aku makan soto. nyum2!
ok, maaf gambar mereng -.-

lepas itu lunch bersama bapa, mama, lya n emir di McD Karamunsing. hoho.

Dan Kini nak makan malam. ikan putih bakar beb! hihi. so aku nak chow dulu, jumpa esok, insyallah!
Enjoy video pendek si comel Ameer Ashraff(ok, aku tak tahu eja), sepupu aku yang teramat OMG (oh Memang Gila) tahap kecomelannya!

kbai!

No comments: