Nuffnang Ads

Monday, May 23, 2011

penganggur tak bermakna tak bahagia

Pengangguran adalah mimpi ngeri bagi lepasan ipta/ipts. namun, bagi sesetengah orang, ia adalah syurga di mana mereka bebas daripada presentation, kuliah, assignment malah lecturer itu sendiri -.-


Semasa aku belajar di sebuah kolej di pantai timus, aku lihat kebanyakkan rakan-rakan aku menyambung pengajian ke peringkat diploma ini hanyalah kerana paksaan daripada ibu bapa mereka. Selepas habis pengajian, kembali kepada aktiviti lama seperti melepak, merempit dan sebagainya. Aku sendiri pun tak paham macam mana dorang ni pikir pasal masa depan dorang. Dia ingat mak bapak dia ni ada nak tanggung dia sampai dia mampus kot -.-


Tidak kurang juga yang bakal dan sudah melansungkan perkahwinan ( no heart feelings ok). Tapi takpe, sebab korang dah ada kerjaya kukuh (dengki).


Dan sesetengahnya seperti aku. mahu belajar kerana ingin berjaya dalam hidup dan memperbaiki kehidupan keluarga serta senangkan mak bapak yang dah tanggung aku sejak lahir lagi. Ada juga yang baru dapat pedoman semasa sedang belajar, dan tak kurang juga yang memang tak sedar diri sebab dia rasa mak bapak dia kaya sangat sampai boleh tanggung 7 keturunan dia sebab tuh dia asyik fail dan berhenti belajar pertengahan jalan lepas puas makan duit loan MARA dan PTPTN.


Tapi keadaan sekarang ini sangat susah, pengangguran berlaku secara berleluasa. persaingan sengit antara lepasan ipta/ipts kerana bilangan kami terlalu ramai. Cuma aku agak bernasib baik kerana memilih bidang yang masih luas skop dan tinggi permintaannya, walau dalam sektor apa sekalipun. Alhamdulillah. =)


Namun begitu, aku masih dalam mood bercuti, aku nak bermanja n duk bawah ketiak mak bapak aku. Sebab tu aku masih menganggur. haha =)
Dan berikut adalah diari penganggur yang bernama, AKU.


Breakfast bersama mama di Pete's Corner, Asia City.




Menu egg omelette, Beef sausage dan Beef bacon. hoho
Sila dengki, sila dengki.


Lepas itu aunt jane yang baru balik dari KL datang dan bagi Godiva! hoho. i am blessed. sila muntah sekali lagi.
ok, ini memang bukan godiva, sabar lah! nak tunjuk ini dulu -.-
tengok2! kan tak tipu -_-




Petang pula mama belanja bun kat Multi Bake(bakery shop ada kat sabah ja- sila dengki tahap ke 3)




Dan Malam makan sate, juga mama belanja. Sate paling mantap dekat sabah woh! ( Sila dengki fullblast)




Ok, seperti yang anda lihat, ini adalah sebab kenapa saya masih dalam honeymoon mood. Asyik MAKAN dari pagi sampai ke MALAM. 24/7 MAKAN dan MAKAN. Sebab itu jugak badan kau dah gemok Myra oii -.-


P/s: Sila dengki sebab saya makan banyak dari anda.
P/ss: saya bersyukur dengan apa yg ada. Alhamdulillah =)


P/sss: saya sedang duduk macam garfield. oh, sangat bahagia ~~~


oh! oh! lupa! tadi masa nak pergi multi bake aku dan alya ternampak kawan alya, anita, so kami lambai kat dia yg berada dalam kereta yang lalu kami. Lepas itu, ada pakistan (ala, yg jual kain, karpet dsb tuh) perasan kami lambai kat dia dan dengan bangganya lambai balik sambil tersenyum lebar macam dapat kawin 4 org sekaligus kat kami. DEFINITELY one of the most AWKWARD dan LOL moments in my life =D


Kbai!

No comments: