Nuffnang Ads

Sunday, May 22, 2011

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.

hai!!


okay, post petang tadi aku kata nak keluar kan? so lepas sapu rumah, aku g mandi dan siap-siap. dan hasilnya adalah seperti berikut(okay ini macam eksperimen tikus makmal pulak tapi takpe sebab aku kan comel macam minnie mouse tuh tapi aku lagi comel dari dya kot)


baiklah, sila muntah sekarang.




destinasi adalah imperial hotel dekat warisan square tu. kenapa pergi hotel? kau buat apa kat hotel hah? ececeh, jangan emo beb, aku ni takda lah jahat sangat kot, kadang je jahat sikit2. hehe. sebenarnya kami nak pergi ambush pakcik aku, uncle bob n aunt ana n anak2nya yang stay dekat hotel tuh. family vacation lah katakan, mak tak kesahh~~


lepas ambush dan meneroka bilik hotel tuh kami pon pergi melantak dekat pizza hut centre point. ingat plan nak tengok wayang lah lepas tuh, tapi perangai cousin2 aku yang kecik2 ni ya allah, tak terdaya kami nak kawal. riuh beb!










okay ini dah terkawal sikit sebab makanan dah sampai =D


melihatkan keadaan yang tidak terkawal dan perlawanan lawan pedang ( ok tipu sikit pisau pizza tuh jer) antara anil dan dayang (ya, ini budak perempuan tapi NAKAL yang AMAT) sedang berlangsung, kami pun ambil keputusan hantar budak2 ni balik ke hotel dorang. sampai je depan pintu bilik, ketuk2 pintu takda orang bukak la pulak.


rupanya makcik dan pakcik aku pun keluar jugak -.-


maka, kami pun jadi pengemis jalanan sebentar di luar pintu bilik hotel mereka seperti berikut:


okay ini alya sedang memanas.




datuk paduka kekenyangan. haha.




uncle bob n aunt ana pon dah datang, drop budak2 tuh dan terus balik beb! tapi singgah dulu dekat putatan sebab alya nak carik pinggan dan gelas untuk projek seni dia walaupun aku rasa cikgu tuh saja nak pinggan dan gelas free uuntuk letak kat rumah dia so krismas nanti banyak pinggan dan gelas untuk tetamu dia -.-


perjalanan diteruskan dan singgah lagi d KFC papar sebab nak beli makanan untuk tua ita, uwa, bapak aku dan dayana. hoho =)


sampai rumah aunt ros hantar pulak jambu air dan cicah kicap+cili+belacan dan gula. MANTAP sehh!
baiklah, sila dengki walaupun gambar terbalik.




esok makcik aku, babu non mintak aku tlg drive dye pulak g stesen dia, so memang aku kena update awal2 malam ni kalau tak aku ngantuk n malas nak bangun dan mandi awal2 subuh lagi. hoho.


ok, esok aku update lagi okay? tata tutu titi!
  
XOXO

No comments: