Nuffnang Ads

Friday, March 16, 2012

Pra-Matang

Assalamualaikum!

Beberapa hari ini aku tak dapat nak update dek kerana terlalu banyak permasalahan yang harus aku fikirkan. Tempahan Blueberry Cheese Tart juga mulai aku terima. Terima Kasih buat yang menempah =)

Tahun 2012 ini, umur aku bakal mencecah 22 tahun. Seiring dengan itu, pemikiran dan sikap aku juga telah mulai matang. Bukan aku sahaja yang sedar, kaum keluarga dan sahabat juga menyedari hakikat ini. Walaupun pada hakikatnya perangai aku masih lagi kebudak-budakkan. Hehe.

Ini juga menandakan bahawa aku layak untuk mengundi! (teruja)

Biasa lah orang muda macam aku ni, teruja lah nak tahu pasal politik negara. Aku pun buka blog pro-pembangkang dan blog pro-kerajaan. Berapa banyak blog yang aku dah terjah, terlalu banyak sampaikan aku sendiri lost count.

Perasaan aku? Kecewa.

Kenapa? Sebab politik di negara kita tak sihat. Tak, aku bukan cakap pasal rasuah dan kelakuan moral. Ini dari perspektif aku, sebagai orang muda lah kan. Kenapa kita kena saling menjatuhkan antara satu sama lain? Mereka ini sibuk cari kesalahan antara satu sama lain, sampaikan sebenarnya, masalah kawasan sendiri tak dipedulikan. Baik yang kerajaan dan pembangkang. Yang pengikut-pengikut parti politik ini pula, sangat tidak matang. Aku yang muda ni pun tahu berbudi bahasa, tapi mereka yang majoritinya berumur 25-50 tahun ini, secara jujurnya, tiada budi bahasa langsung. Nama bukan main islamik, nama muslim, tapi bahasanya tidak melambangkan namanya.

Seriously, aku tahu kenapa budak-budak sekarang kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Sebab belajar dengan mereka ini. Bagaimana kita nak orang hormati kita jika kita tidak menghormati orang lain? Tidak guna belajar tinggi kalau setakat sivik tidak ada saudara/i sekalian. Nak tegur atau nafikan atau komen-komen di alam maya ini biar beretika, biar sopan, sebab budak-budak sekarang dah advance.

Tup tup anda baca news paper dekat ruang tamu rumah, anak anda yang berumur 10 tahun lalu dan sebut perkataan cibai, celaka, pukimak, kau setan, anak haram, pelaq, dan sebagainya. Marah tak?

Agak-agak kalau tanya dari mana dia tahu perkataan tu, apa jawapannya?

Adakah:

Si Anak: Oh, Abu baca dekat wall yang bapak komen, bapak cakap macam itu Abu ikut lah.

Apakah reaksi anda?

Kadang-kadang, kita buat benda yang tidak sepatutnya tanpa disedari. Jadi mohon kawal bahasa anda di alam maya. Sebab bahasa kita melambangkan siapa kita, dan harga diri kita.

Sila layan video ini, sebab perasaan aku pun sama dengan pemilik video ini.



No comments: