Nuffnang Ads

Thursday, March 29, 2012

Biji buat geli-geli.

Assalamualaikum!

Maaf lama menghilang, aku kan perdana menteri, sibuk memanjang. hehe. Kelmarin pagi, aku bangun tidur seperti biasa. Gosok-gosok mata, ambil towel, berus gigi dan turun tangga menuju ke tandas. Aku gosok mata kanan, keluar taik mata aku, Gosok mata kiri, aik? kenapa rasa lain? kenapa pedih semacam? kenapa macam gemuk kelopak mata aku? why? why?

Aku tengok cermin. Oh my, terujanya aku. Aku ada ketumbit dekat kelopak mata kiri aku. Yay, gembiranya, terujanya aku. NOT. Ketumbit menjejaskan penampilan luaran kita. Mata sebelah bulat macam kartun jepun, mata sebelah lagi sepet yang amat macam garfield. Tak seksi langsung. Hoh!






Inilah keadaan mata aku sekarang. Tak seksi. Kalau dua-dua boleh bajet korean. Ish! simpang malaikat 44!



Apa itu Ketumbit?

Ianya sejenis pertumbuhan in kelopak mata atas atau bawah disebabkan oleh penyumbatan kelenjar minyak.



Apakah punca yang meyebabkan ketumbit ini boleh terjadi?

Klik selangor2u.com untuk keterangan lanjut!


Cubalah petua ini :

Ambil tuala yang telah direndam dalam air panas (janganlah terlalu panas supaya tidak membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu. Urutkannya dengan tekanan yang ringan supaya kelenjar boleh melepaskan minyak. Ini boleh dilakukan empat kali sehari.
Jikalau, ketumbit ini tidak hilang atau terjadi balik, dapatkan rawatan daripada pakar mata. Pakar mata kadang-kadang perlu melakukan pembedahan yang kecil and memberikan anda antibiotik and ubat yang lain.


Aku ada guna satu ubat yang aku dapat dari doktor semasa aku mula-mula dapat ketumbit ini, memang bagus dan harganya pun berpatutan, RM5 sahaja. Aku sekarang guna eye ointment, GENTAMICIN pada waktu malam, sebelum tidur dan menitikkan EYE GLO RELIEF (warna merah/pink) setiap 2 jam. Setakat ini ia surut sedikit, tapi kita tengok lah hasilnya dalam 2-3 hari ni okay geng bas sekolah ku sekalian?  Tapi pastikan anda jumpa encik doktor handsome/cantik dahulu untuk pastikan samada anda sesuai menggunakannya atau tidak.

Nasib baik doktor aku masa itu tak handsome, so masa ketumbit aku tak ada feeling apa-apa walaupun masa itu aku tak seksi sebelah mata bulat, sebelah mata sepet. hoho.

No comments: