Nuffnang Ads

Thursday, March 8, 2012

Aku dan Mat Rempit

Assalamualaikum!

Hari ini adalah 8 Mac 2012, Tiga tahun telah berlalu semenjak insiden kemalangan yang melanda diriku dan encik kekasih. Pengalaman patih yang akan ku kenang sehingga akhir hayatku!

Masa itu aku belajar di sebuah kolej di pantai timur. Petang yang indah, aku dengan gediknya ajak encik kekasih ke pantai cherating, bersiar-siar dengan teman-teman kolej kami. Masa itu encik kekasih tak nak, tak sedap hati katanya. tapi aku ni gedik dan keras kepala, nak jugak. Maka terjadilah pergaduhan di antara kami. Encik kekasih aku ini dengan berat hati bawa si gedik yang keras kepala ini. Kawan-kawan yang lain follow kat belakang. Oh ya, kami naik motor ya pembacaku sekalian.

Encik kekasih memang sejak kami mula berkenalan lagi telah aku ketahui perangai barannya. Jika dia sedang marah, meter kelajuan motor itu senang-senang sahaja boleh mencecah lebih daripada 100km/h. Aku pula telah di ketahui sejak azali keras kepala dan egois, dah tahu encik kekasih bawak laju tak reti nak pegang handle kat seat belakang motor. Sedang aku malayani perasaan, melihat pemandangan sekitar perjalanan kami, pandangan aku black out. Sedar-sedar sahaja, aku telah berada di dalam ambulan!

Aku memang tak tahu apa yang sedang berlaku. Petugas ambulan sedang memasang jarum besar pada tanganku, dan kemudiannya satu bungkusan darah disambungkan ke jarum tersebut. Blood transfusion??!
Apa yang terjadi ni??

Aku merasakan aku sedang bermimpi sebab memang tak rasa sakit apa pun! Aku decide untuk tutup mata dan berharap agar ini semua hanya mimpi!

Tapi,

Tidak. Ini adalah realiti. Sampai sahaja di ER, aku dapat mendengar suara encik kekasih lantang menyebut namaku. Aku nak jawab, tapi tak mampu nak bersuara. Kemudian, wajah teman-teman ku mulai kelihatan dan mereka mengelilingi katilku. baru aku tahu, aku dan encik kekasih kemalangan! Ya allah! Aku mulai menangis, memikirkan keluargaku, ibu bapaku. Ini tidak sepatutnya terjadi! Tapi telah tertulis bahawa perkara ini akan terjadi, aku harus sabar.

Aku kemudiannya di hantar ke hospital tuanku ampuan afzan (HTAA) di kuantan kerana hospital yang sedang aku duduki tidak mempunyai peralatan yang sesuai.

Di sana, aku ditempatkan selama 2 hari di HDW (high deficiency ward) dan 6 hari di wad biasa. 8 hari dekat hospital okek. dahla aku cuma boleh makan soft diet (bubur selamanya) masa itu. memang serious muak tambahan lagi nasi dan aku memang tidak dapat dipisahkan. cemburu gila tengok orang kat depan dan sebelah aku dapat makan nasi. Nasib baik mama yang penyayang ini belikan aku whipped potato KFC. hehehe.

Aku tak nak cerita panjang-panjang sebab aku nak sambung cerita untuk entri hari yang sama, tahun depan. huehuehue. Bajet nak buat part I, part II bagai la, bajet macam buat novel ala harry potter tapi kisah pasal diri aku sendiri. isk, tak tahu malu betul aku.

aku letak gambar sahaja lah yerr. masa ini aku dah duduk di wad biasa. jadi kegilaan dek terlalu lama duduk dekat hospital dah melanda. dah la tak mandi 8 hari. busuk kau!

rambut fesyen terbaru yer tuan/puan sekalian. huduh! huduh!

memang selekeh habis! rupa tak jumpa bilik air dan berus gigi 8 hari.

di mana sahaja kami berada, gila tetap gila! (topi merah bapak aku okek)

teman-teman yang setia menemani aku dari malam aku accident.
sayang kau orang semua!

dengan ini, aku janji tak nak gedik bodoh keras kepala . Taubat aku dah tak nak melaluinya lagi!

No comments: