Nuffnang Ads

Friday, March 2, 2012

Kek Pelangi Lagi!!

Assalamualaikum!

Hah, update blog lagi aku malam ini. Semangat nak berceloteh ada lah ni. hehe.

Hari ini, adalah hari jadi makcik aku, Babu (Aunty) Non. Jadi sejak merasa kek karamel pelangi aku, dia request kek hari jadinya juga harus pelangi, tapi bukan karamel topping, dengan coklat memandangkan keluarga beliau amat meminati coklat. =)

Godek punya godek pelbagai resipi, aku memilih untuk mencuba rainbow cake resipi Martha Sewart. Cuma filling dan topping cake ini aku ubat memandangkan whipped cream aku mama buang sebab dia ingat itu susu. -.-

Cabaran si baker kot. huhu

Aku dah berjaya buat kek pelangi, tapi guna 5 colour sahaja memandangkan aku tak nak kek aku tinggi sangat. Mengikut rancangan asal, aku nak guna blueberry filling, tapi yang ada strawberry. Boleh lah kan?
Topping pula aku guna chocolate cream, buat sendiri ya para pembacaku sekalian.

Cuma aku ada masalah dengan kreativiti aku ketika menghias kek. Jasad aku berumur 22 tahun, tapi minda aku berumur 7 tahun. Kenapa? Kek ini untuk wanita dewasa, tapi aku hias macam untuk budak-budak. Ikut selera aku sahaja nak hias memandangkan makcik aku tak request hiasan macam mana. hehe. Birthday mama dan bapak aku pun aku hias ala kana-kanak jugak. masalah betul! hehe.

Kek ini success, tapi tak lembut, macam dry. Mungkin sebab aku bakar biasa, kalau guna teknik waterbath mesti lembut kek ini. Dah namanya aku mencuba kan?

Makan sepotong di jamin kenyang. Ala, macam kita makan kat SR, sepotong pun tak habis kan? Kek ini tak manis pun, chocolate cream pun tak manis, yang memaniskan kek ini adalah strawberry filling yang aku guna. Kalau aku guna whipped cream frosting mesti superb kek ini, maybe next time kalau ada yang sudi nak merasa? hehe.

Okay, aku tak nak cakap panjang-panjang dah, nanti kau orang bosan, enjoice!

Aku hias dengan chocolate wafer (muchy's) dan coklat M & M's.


Makcik aku dan keluarganya. =)


macam tak percaya kan? tapi memang hasil air tangan aku. =)








Hah, malamnya pula adik aku, Emir nak makan roti telur. Aku pun bancuh telur, dan masak guna non-stick pan. Aku tak guna minyak pun, so bila kunyah sedap dan tidak oily, perfect! Macam french toast! =)


Jika anda berminat untuk mendapatkan resipi kek pelangi ataupun stawberry filling, ataupun chocolate cream dan roti telur ini, hubungi saya melalui emel atau twitter! =)

No comments: