Nuffnang Ads

Saturday, February 4, 2012

Samsung Percuma!

Aku tak tahu nak update pasal apa sebenarnya, cuma terasa nak update blog ini je. Kalau aku membebel pasal telefon Samsung aku, kau orang tak kisah kan? Okay, kalau kau orang kisah pun aku nak bebel jugak. heeeeeeee

You ols tahu kan aku pakai Samsung Monte? Kalau tak tahu sila buat-buat tahu jugak sebab aku tak nak malu. hehe. Samsung monte ni keluar semasa telefon android sangat-sangat mahal lagi harganya, kira zaman tak mampu la gamaknya cik jah oii. hehe

Sekarang ni samsung dah keluarkan Samsung Galaxy Y, telefon android dengan harga serendah RM500. Sangat murah bagi aku, apatah lagi telefon android ye cik abang dan cik akak sekalian. Kira worth it jugak la kan =)

Berbalik pada cerita asal, Monte ni ok jugak la, walaupun bukan android. Dan harganya masa aku beli 2 tahun lepas RM999. Ya, kalau sekarang aku tak pandang enset ni since aku boleh dapat handphone cheaper dan android lagi pada harga RM500, murah RM499 dari harga asal telefon aku ni. Tapi apakan daya, aku dah 2 tahun terlajak beli. tsk tsk tsk

Function semua ok, aku puas hati. Cuma semenjak dua menjak ni (eh betul ka ayat aku ni?)

Phone kesayangan aku (ambik hati) buat hal =.=

mula-mula dia boleh hang,screen ( touch screen) dia tak bagi respond, tambah-tambah bila aku lepas gayut. tak apa, aku bagi alasan phone aku panas kot gayut lama sangat. aku diamkan diri lagi. Tapi semalam, ya, semalam yang hangat, telah bertambah hangat bila telefon aku ni buat hal, butang disconnect panggilan/butang on-off telefon TIDAK berfungsi. Agak-agak kalau telefon aku ni ter off, peratusan aku takkan dapat on balik telefon ni adalah 99.9%. TIDAKK!! *facepalm*

Ya, ini muka aku sedang marah.

see the button? yang sebelah kanan tu, ala, butang comel tapi mengada tu.

So aku dah buat keputusan nak tukar telefon. Ada sesiapa nak bagi aku telefon berjenama SAMSUNG SAHAJA, secara percuma? huehuehuehuehue XD

No comments: