Nuffnang Ads

Thursday, February 2, 2012

Bila Kekasih Cemburu

Bila kekasih cemburu.

Tapi...

bukan cemburu sebab boyfriend/girlfriend tegur perempuan/lelaki lain tau! Cemburu yang saya maksudkan adalah cemburu sebab perempuan lain dapat hadiah macam-macam dari bf dia tapi saya tak dapat pun. =(

Saya seringkali dilanda perasaan cemburu bila melihat teman-taman wanita (wanita dah ke?) dapat hadiah daripada kekasih mereka, seperti bunga, anak patung, coklat, kad, cincin, gelang, kasut, baju dan sebagainya. Bahagia rasanya bila mendapat hadiah sedemikian rupa bukan? Saya juga menginginkan kekasih saya berbuat demikian. Tapi lumrah bagi wanita, sifat malu masih menebal dalam diri saya. Saya telah di didik untuk tidak meminta-minta. Apatah lagi kepada insan yang belum lagi menjadi hak saya sepenuhnya.

Saya tidak mahu di cop sebagai pengikis, gila besi dan sebagainya. Apatah lagi kekasih saya ini bukanlah mat romeo. Saya bertekad untuk menahan diri daripada meminta kepadanya, apatah lagi dia baru sahaja bekerja, menyusahkan orang lain bukanlah sifat saya. Namun, kadang kala saya cuba bagi hint kepadanya, agar dia dengan sendirinya memberikan saya sesuatu sebagai tanda dia menghargai saya tanpa saya perlu menyebut perkataan minta. Tapi dia tak pernah dapat tangkap pun =(

pernah juga saya mengadu kepadanya, mengapa dia bukan seperti lelaki lain, yang sering menghadiahkan kekasih dengan bermacam-macam benda sebagai tanda dia menghargai saya. Jawabnya?


"Kalau nak sangat lelaki macam tu, pergilah kapel je ngan jantan tu. habis cerita."

"Lelaki tu nak something la tu,sebagai balasan."

" Lelaki yang banyak bagi hadiah tu nak cover dia ada awek lain tu."

 Awak, wanita memang suka hadiah, wanita memang suka di hargai. Kenapa awak tak faham?

Kadang kala, saya memberikannya hadiah, dengan harapan dia faham bahawa apa yang saya lakukan adalah apa yang sepatutnya dia lakukan untuk saya. Situasi yang saya alami kini adalah saya memegang watak lelaki, dan dia memegang watak wanita. Apa yang saya lakukan adalah apa yang sepatutnya dia lakukan untuk saya. But i guess he would never understand that kot. tsk tsk tsk.

Dude, y u no give me presents?

mungkin saya sahaja yang lebih-lebih kot. Mungkin saya sahaja yang drama queen kot.

Apa kata anda?

No comments: