Rasanya sudah lama saya tidak mengupdate blog ini kan? Diari harian saya agak hectic beberapa hari yang lepas ini. So bila malam menjelma cheq p tidoq awai la! heheheee.
Tajuk pun dah ala-ala london gitu, Thoughtful. Macam cerita bila shuib speaking london pula saya rasa. hehe. kantoi tengok cerita tu. best taw! kau orang patut tengok. =)
Rasanya isu hangat kini pasal Pekerja KFC tumbuk pelanggan tu kan? Wanna know my thoughts about that?
tak nak tahu? Aku nak cakap jugak. heeeee
tak nak tahu? Aku nak cakap jugak. heeeee
Aku dah banyak pengalaman when it comes to handling customers ni. Tak ada la banyak macam korang kot, tapi bagi aku banyak since aku mula memasuki bidang perniagaan sejak kecil lagi (5 tahun).
Perasaan aku bila tengok video tu, aku tersenyum. Kenapa? Sebab i had worse. Kenapa? biarlah aku simpan dahulu kisah-kisah itu. Customers is always right? rasanya ayat tu sepatutnya sudah lama ditukar. Aku pun pernah juga bertekak dengan customer semasa umur aku 16 tahun, kerja part-time dekat stesen petronas mak cik aku. Mana? tak perlu aku sebut. Masa tu aku darah muda, mulut memang sejak azali tak ada insuran, tambah lagi bila customer tu mengamuk tak tentu pasal kat aku. Fight punya fight, Aku rasa nak penyepak je muka pakcik tu. Ya, PAKCIK. Tapi aku sedar aku perempuan, tak manis, malu kang pakcik tu kena bantai dengan perempuan. hewhewhew. Lagipun tak manis kalau kawan-kawan parents aku nampak. Tak elok juga untuk reputasi tempat kerja aku.
Berbalik pada cerita tadi, mujur supervisor aku datang settle masalah. Masuk office, tengok semula rakaman CCTV, dan pakcik itu kalah malu. The best part is, dia terlalu ego sebab pepatah customer is always right tak boleh pakai, nak spin tak boleh sebab bukti ada depan mata, tambah lagi bila bini dia masuk ofis minta maaf dekat aku sebab laki dia cuai dan tuduh aku, dia tak mampu ucapkan perkataan maaf dan terus blah macam itu sahaja.
Sejak hari itu, tak kira customer maki apa dekat aku, aku tak ambil kisah. kenapa? because the truth will come out eventually. gaduh mulut tak apa kot, tapi melibatkan fizikal ini aku tak berkenan sangat la.
Tengok muka customer yang buat PC tu, buat aku tertanya. Kalau kau orang nak makan KFC, lepas tu penuh gila dan line panjang yang amat, agak-agak korang nak berbaris tunggu juga ke? KFC tu je ke yang buka dekat malaysia ini? rasanya berdekatan i-city tu banyak lagi restoran KFC lain. Dia yang mengada nak bebaris tunggu sejam kenapa nak maki-maki pekerja? Susah sangat ke nak respect orang yang bekerja demi menyediakan kita makanan?
Respect other people if you want to be respected.
semoga video ini mampu meredakan suasana kita sebentar =)
No comments:
Post a Comment