Nuffnang Ads

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Bake it to Love it

Assalamualaikum!

Cakkk!! Hihihihiiii. Maaf yer sebab dah lama sangat tak update blog ini. Terharu bila nampak ada yang sudi baca dan tunggu next post dari Cik Myra. Terharu sangat you olls!

Tapi maaflah sebab post kali ini agak pendek. Ye la, perjalanan hidup ini kadang kala begitu lurus bak highway.  Tak semeriah fun fair yang rumah hantunya cik Myra takkan jejak kaki pun sebab tak berbaloi. Okay, sekarang kita dah lari topik. Tutup mulut kau, Myra. Tutuppppp. okay, dah tutup.

Sambung cerita.


untuk makluman pembaca yang berada di kawasan Papar, Kota, Kinabalu dan yang berdekatan, cik Myra ada buka satu blog baru, khas untuk para bakal pelanggan cik Myra yang berminat untuk menempah Kek,Kek Cawan atau pun Tart yang Cik Myra buat sendiri. Yerr, BUAT SENDIRI, HOMEMADE.

Minat aku pada baking dan sokongan mereka-mereka (my customers) yang sentiasa come back for more telah membuatkan aku buat keputusan untuk buat satu blog memandangkan aku tak suka nak ber-add dengan mereka-mereka yang aku tak kenali di laman muka buku. So yeah, anda boleh lihat hasil/tempahan yang ada. maaf yer, pilihan setakat ini limited sebab cik myra pun hijau lagi dalam berbisnes dari rumah ini. Harap yang berminat bagi sokongan lah yerr!

Sila buka blog Ovens & mixers jika anda berminat!

Sayang semua!

XOXOXO

Monday, March 12, 2012

Food Hunting (updated!)

Assalamualaikum!

As promised yesterday in this very short post i made, Food Hunting in KK, i should have uploaded the pictures taken but i am so tired as hell. I can't even think right last night! All i had in mind is just to go to bed and have a rest!

Sebelum itu, (tiba-tiba post dalam bahasa melayu)

Aku nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah adik Nurul Nadirah yang ditemui rentung di percayai di bakar di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan dengan rumahnya. Aku betul-betul kecewa dan geram dengan tindakan pelakunya yang tidak ada akal. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Okay, back to business people!

the left one is moi. heheheh. i'd really liked this pictures so much. maybe it's because i look so pretty than my beautiful sister. hewhewhew

Take 2 *camwhoring session*

*Take 3*

Anyways, we went to One Borneo Hypermall Kota Kinabalu since my twin sister wanted to hang out with their friends and i was supposed to act as their chaperon since i'm their big sister and i am 22. Lol.

As most people knew, i am a open-minded-not-a-control-freak big sister. So i'd just let them go and had fun while me and alya went on our own journey, Food Hunting. It's like watching Men Vs. Food (if only we recorded our whole journey that day). But i am a girl, so that makes me Girl Vs. Food. I kid you not!

As soon as we arrived, me and alya decided to have our lunch at Pizza Hut. Sorry, didn't take MANY pictures in PH since we were starved to death. Both of us ate as fast as we could, and Girl wins over food!

Finished the mushroom sup less than 5 minutes?

Time flies and we decided to have some window shopping session since that's all what we could afford to. Were not employed. Tsk Tsk. I got bored and stressed out since Elianto is having a 70% SALE. Urgh. Why do they always go on sale when i am broke? So alya suggested to have a karaoke session, just to release the tension built in me. Harharhahr. So an hour passes and i got hungry AGAIN. Told you i was the female version of Men Vs. Food. Plus i am getting tired of all the screaming during karaoke and walking in 1B. So we decided to have our food hunting session at SR. Been dying to eat those scrumptious Chicken Cornish!


managed to get a comfy seat with this babe. Relaxing like a boss despite the very lady-like dress she's been wearing. Lol. 

Chicken Cornish and Appletiser is a bliss to me! Must-haves!

*ME GUSTA*

blogger girl with such a serious expression while waiting for our  drinks.



Girl Vs. Food!

After having a lot of rest at SR, we then resumed our window shopping session. Then i got tired of all the walking, again. Note to self, do NOT wear WEDGES when you're window shopping. It's tiring! People nowadays were crazy over tutti frutti right? Not me! I am crazy over Karamell Almondo Ice cream! It's so soft and not sweet! Must-try guys! So of course, we had KA. My personal favorite is the mango waffle. Ahh, i could even still imagine the taste right till this moment. Delicious!




*boring expression*

Yes, it's ADDICTING.

Mango Waffle *drools*


It's such a pleasant day, with the good foods we had and all. Life's too short for us to diet. Hahahahah! So go out and eat people! Seriously, go to KA and have a taste of their ice-cream! You won't regret it!


P/s: If any of you met this girl in any Toys 'R' Us store, just ignore her. She's just can't move on from her childhood memory. =)

Sunday, March 11, 2012

Food Hunting in Kota kinabalu

Assalamualaikum!

Phew! I am tired! Gone to One Borneo (1B) Kota Kinabalu with my siblings today. We arrived there at about 12 O'Clock in the afternoon. Me and Alya were starving as hell. My other two sister the twins went on with their friends. So it's just me and Lya to do the window shopping and food hunting.

I'd really love to upload some pictures and write down some more about our day but i am just too, tired. I know some of you were hoping for some scrumptious meals we had but i'll update tomorrow, after i am having some rest okay? Really sorry guys!

Goodnight loves!

Friday, March 2, 2012

Kek Pelangi Lagi!!

Assalamualaikum!

Hah, update blog lagi aku malam ini. Semangat nak berceloteh ada lah ni. hehe.

Hari ini, adalah hari jadi makcik aku, Babu (Aunty) Non. Jadi sejak merasa kek karamel pelangi aku, dia request kek hari jadinya juga harus pelangi, tapi bukan karamel topping, dengan coklat memandangkan keluarga beliau amat meminati coklat. =)

Godek punya godek pelbagai resipi, aku memilih untuk mencuba rainbow cake resipi Martha Sewart. Cuma filling dan topping cake ini aku ubat memandangkan whipped cream aku mama buang sebab dia ingat itu susu. -.-

Cabaran si baker kot. huhu

Aku dah berjaya buat kek pelangi, tapi guna 5 colour sahaja memandangkan aku tak nak kek aku tinggi sangat. Mengikut rancangan asal, aku nak guna blueberry filling, tapi yang ada strawberry. Boleh lah kan?
Topping pula aku guna chocolate cream, buat sendiri ya para pembacaku sekalian.

Cuma aku ada masalah dengan kreativiti aku ketika menghias kek. Jasad aku berumur 22 tahun, tapi minda aku berumur 7 tahun. Kenapa? Kek ini untuk wanita dewasa, tapi aku hias macam untuk budak-budak. Ikut selera aku sahaja nak hias memandangkan makcik aku tak request hiasan macam mana. hehe. Birthday mama dan bapak aku pun aku hias ala kana-kanak jugak. masalah betul! hehe.

Kek ini success, tapi tak lembut, macam dry. Mungkin sebab aku bakar biasa, kalau guna teknik waterbath mesti lembut kek ini. Dah namanya aku mencuba kan?

Makan sepotong di jamin kenyang. Ala, macam kita makan kat SR, sepotong pun tak habis kan? Kek ini tak manis pun, chocolate cream pun tak manis, yang memaniskan kek ini adalah strawberry filling yang aku guna. Kalau aku guna whipped cream frosting mesti superb kek ini, maybe next time kalau ada yang sudi nak merasa? hehe.

Okay, aku tak nak cakap panjang-panjang dah, nanti kau orang bosan, enjoice!

Aku hias dengan chocolate wafer (muchy's) dan coklat M & M's.


Makcik aku dan keluarganya. =)


macam tak percaya kan? tapi memang hasil air tangan aku. =)








Hah, malamnya pula adik aku, Emir nak makan roti telur. Aku pun bancuh telur, dan masak guna non-stick pan. Aku tak guna minyak pun, so bila kunyah sedap dan tidak oily, perfect! Macam french toast! =)


Jika anda berminat untuk mendapatkan resipi kek pelangi ataupun stawberry filling, ataupun chocolate cream dan roti telur ini, hubungi saya melalui emel atau twitter! =)

Kek Karamel Pelangi

Assalamualaikum!

Malam ini aku tak nak cakap banyak, kau orang layan sahaja gambar-gambar ini okay!

Sorry lah, tak sempat nak rotate. hehe

Nak buat prosesnya rumit bagi amatur macam aku, tapi hasilnya, WORTH IT.

Memang soft sangat, cotton candy pun tak melt kat mulut macam ini. hoho

=)

Ni customer pertama aku untuk Kek Karamel Pelangi, kalau bukan sebab dia push suruh aku buat, tak jadi lagi kot kek ini. thanks cousin! =)

 Nak Resepi? Hubungi saya melalui e-mail ataupun twitter!

Monday, February 27, 2012

Weakness point: FOOD

Assalamualaikum!

Tengah bosan-bosan, aku godek-godek gambar yang ada dalam handphone, baru aku teringat aku nak update blog tercinta ini, dengan MAKANAN. Siapa yang selalu baca mesti tahu dah aku adalah pencinta makanan sejati, sejak azali lagi. Fakta ini memang tidak dapat disangkal sesiapa yang mengenali aku. Tannya pada siapa sahaja, pasti jawapannya sama. Hasilnya? Ya, hasilnya memang "the bomb" wahai pembacaku sekalian umat. hehehe.

Kan dahulu aku ada update pasal karnival jom masuk U, hah! pada hari itu, aku memang dah tahap kebulur, karnival belakang kira, aku nak makan dahulu, kalau tak, mana nak semangat round-round Suria Sabah kan? kan? Yang adik aku si Alya dan sepupu aku Yayee, ikut sahaja langkah si pencinta makanan ini. Aku kan Big Boss, Maam Besar. Huehuehuehuehue. Kejam aku paksa orang makan ikut selera aku. hahah (gelak kejam)

Destinasi? Restoran kegemaran aku, baru sahaja membuka cawangannya di Sabah, Station One Cafe!

Aku tak nak cakap banyak, kau orang tengok sahaja okay! sila terliur!




Gambar di ambil oleh yayee. Ini minuman yayee, Yestea.hoho
mana kepala aku???

Inilah hasilnya kalau mencintai makanan tahap gaban.hewhewhew.


aku nak mengamalkan hidup yang sihat, jadi watermelon juice untuk aku!
itu tangan cik Yayee =)


aku tak tahu aku tengah menyembang apa masa ini, tapi memang nampak pelik mata aku.hmm =.=


hah! ini baru comel, sikit. hahah
pencinta makanan sejati sejak azali.


Makanan Yayee. Grilled chicken dengan nasi, Harga dalam RM15++

Makanan aku. Chicken Maryland, RM13.90

Muka bahagia bila makanan dah sampai. sila alihkan pandangan anda dari minuman aku. HALF aku dah teguk. Padahal order air size BESAR, RM7++
Oh sungguh pelahap gadis ini. (malu)
 
Bila dah tuang gravy, aku pilih mushroom flavor. Oh ya, COLESLAW itu sangat sedap dan worth it.FRESH SANGAT.
Kalau makan coleslaw itu sepanjang hari, setiap hari pun tak apa =) 


Okay ini aku saja nak mengada, nak berlagak handphone Samsung aku. huehuehue


Okay lah. bila ilham aku dah mai lagi, aku update ya! Aku nak layan cerita YES! CAPTAIN! dahulu!

P/s: TERIMA KASIH yang tidak terhingga pada silent readers ku sekalian. Kau orang memang terbaik! Bila jumlah readers aku bertambah, aku rasa di hargai dan semangat aku untuk blogging bertambah! TERIMA KASIH!


XOXO.

Tuesday, February 21, 2012

Birthday Babe

Assalamualaikum!

Terima kasih pada pembaca-pembaca blog KECHIKBLURBS! Alhamdulillah, semakin bertambah jumlah pembaca, pengunjung blog ini. Terasa dihargai dan bersemangat aku nak blogging dan terus blogging! TERIMA KASIH!

Hari ini, 21 FEBUARI 2012, (21022012) adalah hari jadi bonda tersayang, Puan Aminah. Yang ke berapa? ehem ehem, 47 tahun! Ahamdulillah, syukur sebab Allah S.W.T kerana memberikan aku seorang insan yang cool lagi memahami diri aku, semoga mama terus di panjangkan umur, di murahkan rezeki! Amin. =)

Mama jenis yang cool dan slumber, memang satu kepala dengan aku, tapi pemalu sangat, so maaflah sebab aku tak dapat tunjukkan pada kau orang wajah bonda tersayang. Aku sekadar  menghormati permintaan mama agar identitinya tidak di hebahkan di alam maya. =)

Memandangkan hari ini hari jadi mama, aku decide buat cake! Dan mama dah awal-awal request pada aku di nak makan chocolate moist cake, jadi aku tunaikan permintaannya. =)



Chocolate Moist Cake with Chocolate Ganache and Oreo Topping.
Kek tak manis memandangkan chocolate ganache manis, so they suited each other well =)


Ini bukan Cik baker ya, ini adik aku, saja nak menyemak =p

Adik bongsu kesayangan keluarga. Tempted baby brother? heheh





Kalau berminat nak resepi, hubungi saya melalui email, ataupun twitter ataupun komen sahaja di post ini atau ruangan cakap-cakap di sebelah kanan page ini! TQVM!

Sunday, February 12, 2012

Makanan ajaib di dunia

Assalamualaikum!

Lunch tadi, parents aku decide untuk makan salah satu makanan daripada 7 jenis makanan paling AJAIB di DUNIA! Apa???


hehe.. mengambuyat la jawapannya. Apa itu ambuyat?

Ambuyat ni makanan ruji masyarakat brunei. Since aku pun berketurunan Brunei, memang makanan suku kaum aku lah. Menurut wikipedia,

"Ambuyat is a Bruneian dish derived from the interior trunk of the sago palm. It is a starchy bland substance, similar to tapioca starch.


The Ambuyat is also one of the famous delicacy for the indigenous people of Sabah and Sarawak.Ambuyat is eaten with a bamboo fork called a chandas, by rolling the starch around the prongs and then dipping it into a sour fruit sauce.


There is a similar dish of eastern Indonesia called papeda."

Ada paham? Hehe. Bagi kami, ambuyat ini macam nasi. Tapi ambuyat tak perlu di kunyah. Hehe. Best tak?  Kami guna kuah Kari yang dicampur dengan jeruk bambangan la, utk bg masam. Tak pun, guna kuah asam pedas pun tak apa =)

Sila terliur dengan gambar-gambar ini!

acar timun.

rendang ayam

gulai tongkol pisang

HAH! yang ini mesti kau orang tak pernah jumpa/nampak kan? Inilah,

Anggur Laut


Anggur Laut ini adalah salah satu spesis rumpai laut, rasanya dekat sabah sahaja orang jual dan makan. Tak pun dekat perairan Sabah sahaja yang ada kot?


Anggur Laut yang di makan bersama cicah asam.

lauk untuk dimakan bersama ambuyat.








Baiklah. Sekarang tiba masanya untuk kita melihat bagaimana ambuyat dibuat! Mula-mula, serbuk ambulung di basuh dengan menuangkan air biasa ke ambulung yang telah disimpan ke dalam mangkuk yang besar. biarkan ia selama 10 minit, toskan airnya.


Masak air panas sehingga mendidih. Sejurus shaja air panas mendidih, tuangkan ke ambulung yang sudah ditoskan tadi, seperti gambar di bawah.



gaul dan gaul.

ambuyat yang sedang masak.

tukang menumpah kami.
 menumpah adalah proses menuang ambulung itu dengan air panas. tujuannya? agar tepung ambulung itu masak dan seterusnya menjadi ambuyat! kira macam memasak lah!


Ambuyat yang telah menjadi dengan sempurna =)

sedia nak makan.

ambuyat di makan menggunakan candas, dicelup ke kuah kari asam. sluurrrpp!

tengok adik aku ini, bukan main selera lagi!

Selepas menikmati ambuyat, Layan air kelapa muda segar dari pokok kelapa di halaman rumah kami. Memang sedap, segar dan manis! walaupun tanpa gula!



Kalau anda pernah lihat proses membuat ambuyat di kaca TV yang memaparkan ambuyat di masak dikuali, sebenarnya teknik itu salah dan hanya akan digunakan dalam kes kecemasan, iaitu apabila ambuyat yang di tumpah tidak menjad/cair sangat. Ambuyat ni sebenarnya masak guna air panas mendidih yang dituang sahaja, bukan guna kuali. =)

Selamat Menjamu Selera!