Nuffnang Ads

Sunday, February 5, 2012

Keburukan Hospital

Salam Maulidur Rasul pada semua!

Okay, aku nak update sebentar sahaja. Seperti yang anda lihat, KechikBlurbs sudah bertukar wajah. Jika sebelum ini background agak membosankan, sekarang aku dah tukar jadi colourful! macam diri aku! hehe.

Aku ni bukanlah pro dalam edit-edit ni, jadi buat yang termampu sahaja ye cik abang dan cik akak sekalian =)

Oh, ya. makcik aku masuk hospital papar semalam, masalah jantung. Korang semua doakan dia ya.

Pagi tadi hospital papar hantar makcik aku ke QEH, Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut sebab kat papar tak ada doktor pakar. Aku marah sangat. Kenapa? Sebab...


scroll ke bawah ye.hehehe


Dari makcik aku sampai sehingga ke detik ini, makcik aku masih lagi di ruangan Kecemasan. Belum ada doktor pakar menjenguk beliau. Belum lagi ditempatkan di mana-mana wad. Haish. Kalau aku ada sana aku bakar dah hospital tu. Inikah yang dinamakan rakyat didahulukan? Aku tahulah bukan makcik aku seorang sahaja nak dapatkan rawatan tapi takkan nak tunggu sampai pesakit nazak baru kau orang kalur nak bagi rawatan? di mana Professionalism kau orang? Aku takkan salahkan menteri atau kerajaan sebab logiknya, tugas merawat adalah tugas doktor dan jururawat. Bukan tugas menteri.

Doktor ni pekerjaan mulia. Korang tak sepatutnya buat pesakit menderita. dah la keluarga pun tak dibenarkan jumpa pesakit. Bayangkan makcik aku yg menemani kakaknya(makcik aku yang sakit) ni tunggu luar ward ER hampir 7 JAM. ya, TUJUH JAM. Macam orang operation je, padahal tak pun. Geram woh!

Fuhh. Fuhh. Sabar. Sabar. Sebelum aku melalut mengamuk lagi, elok aku berhenti sampai sini sahaja. Hehe.

Kau Orang pula macam mana? Ada pengalaman yang sama?

No comments: