Nuffnang Ads

Friday, May 4, 2012

Majlis Graduasi RETI kali ke-4, 2012.

Assalamualaikum,

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas sehingga ke saat ini, agar aku dapat bersama dengan keluarga tercinta.

Untuk makluman, majlis graduasi Ranaco Education & Training Institute (RETI) telah diadakan di Dewan Berlian, Majlis perbandaran Kemaman, Terengganu pada 28 April 2012 bersamaan dengan hari sabtu.

Aku adalah diantara 1000+ graduan yang diraikan pada hari tersebut. 3 tahun beb, tiba hari itu memang rasa berbaloi sangat. Tak sia-sia bersengkang mata, menahan nafsu makan yang melampau-lampau dek kerana ingin menjimatkan perbelanjaan bulanan. hehehehe. Akhirnya aku dengan bangganya telah bergelar seorang graduan.

Ini adalah hadiah buat ibubapaku yg tidak putus memberikan semangat dan bantuan tika susah senangku.

Okay, malas nk cakap banyak, layan dahulu sedikit gambar ini. =)

hanya kami berenam, tanpa bapa dan the twins.

VIP dalam hidup aku. Mama, dayana, emir.
Note: Dayana & Emir mempunyai Autism. (ASD)

Ibu, my mother's mum. Aku cucu pertamanya. She was so proud on that day. It shows. sumpah.

teman sekolej ku. =)


teddy bear? buah hati aku bagi tau! tq!

Kenal tak? Pok Man! sempat juga jumpa pok ni. Terima kasih banyak2 pok atas semua bantuan pok selama saya berada di bumi kemaman!

P/s: Notice my bear? Nak belagak, buah hati bagi tau! *gedik*

Overall, it went well, walaupun aku kalut sedikit hari itu. Nak melayan keluargaku, nak melayan keluarga buah hatiku. Last-last aku tak banyak ambil gambar pun =.=

Kenapa tak ada bunga? Sebab mama lewat datang, bunga dah sold out. -_______-

Anyway,  thanks pada encik buah hati sebab sedekahkan bunganya kat aku. Sedih betul hidup ini.

Bila tengok aku memakai jubah graduasi, timbul satu perasaan di mana hatiku meronta-ronta ingin bergelar seorang graduan sekali lagi, di peringkat seterusnya. Nak graduate pakai topi pulak ;p

Oleh itu, aku dengan ini ingin memaklumkan bahawa aku akan menyambung pengajianku ke peringkat seterusnya. Di mana? tunggu dan lihat! =P

1 comment:

Anonymous said...

How to get to Harrah's Casino and get a free chip
Directions to Harrah's Casino and get a free septcasino chip. and its 온카지노 lobby. to Harrah's Hotel and Casino in the heart of 카지노 New Orleans.