Nuffnang Ads

Monday, February 27, 2012

Weakness point: FOOD

Assalamualaikum!

Tengah bosan-bosan, aku godek-godek gambar yang ada dalam handphone, baru aku teringat aku nak update blog tercinta ini, dengan MAKANAN. Siapa yang selalu baca mesti tahu dah aku adalah pencinta makanan sejati, sejak azali lagi. Fakta ini memang tidak dapat disangkal sesiapa yang mengenali aku. Tannya pada siapa sahaja, pasti jawapannya sama. Hasilnya? Ya, hasilnya memang "the bomb" wahai pembacaku sekalian umat. hehehe.

Kan dahulu aku ada update pasal karnival jom masuk U, hah! pada hari itu, aku memang dah tahap kebulur, karnival belakang kira, aku nak makan dahulu, kalau tak, mana nak semangat round-round Suria Sabah kan? kan? Yang adik aku si Alya dan sepupu aku Yayee, ikut sahaja langkah si pencinta makanan ini. Aku kan Big Boss, Maam Besar. Huehuehuehuehue. Kejam aku paksa orang makan ikut selera aku. hahah (gelak kejam)

Destinasi? Restoran kegemaran aku, baru sahaja membuka cawangannya di Sabah, Station One Cafe!

Aku tak nak cakap banyak, kau orang tengok sahaja okay! sila terliur!




Gambar di ambil oleh yayee. Ini minuman yayee, Yestea.hoho
mana kepala aku???

Inilah hasilnya kalau mencintai makanan tahap gaban.hewhewhew.


aku nak mengamalkan hidup yang sihat, jadi watermelon juice untuk aku!
itu tangan cik Yayee =)


aku tak tahu aku tengah menyembang apa masa ini, tapi memang nampak pelik mata aku.hmm =.=


hah! ini baru comel, sikit. hahah
pencinta makanan sejati sejak azali.


Makanan Yayee. Grilled chicken dengan nasi, Harga dalam RM15++

Makanan aku. Chicken Maryland, RM13.90

Muka bahagia bila makanan dah sampai. sila alihkan pandangan anda dari minuman aku. HALF aku dah teguk. Padahal order air size BESAR, RM7++
Oh sungguh pelahap gadis ini. (malu)
 
Bila dah tuang gravy, aku pilih mushroom flavor. Oh ya, COLESLAW itu sangat sedap dan worth it.FRESH SANGAT.
Kalau makan coleslaw itu sepanjang hari, setiap hari pun tak apa =) 


Okay ini aku saja nak mengada, nak berlagak handphone Samsung aku. huehuehue


Okay lah. bila ilham aku dah mai lagi, aku update ya! Aku nak layan cerita YES! CAPTAIN! dahulu!

P/s: TERIMA KASIH yang tidak terhingga pada silent readers ku sekalian. Kau orang memang terbaik! Bila jumlah readers aku bertambah, aku rasa di hargai dan semangat aku untuk blogging bertambah! TERIMA KASIH!


XOXO.

No comments: