Nuffnang Ads

Sunday, February 12, 2012

Makanan ajaib di dunia

Assalamualaikum!

Lunch tadi, parents aku decide untuk makan salah satu makanan daripada 7 jenis makanan paling AJAIB di DUNIA! Apa???


hehe.. mengambuyat la jawapannya. Apa itu ambuyat?

Ambuyat ni makanan ruji masyarakat brunei. Since aku pun berketurunan Brunei, memang makanan suku kaum aku lah. Menurut wikipedia,

"Ambuyat is a Bruneian dish derived from the interior trunk of the sago palm. It is a starchy bland substance, similar to tapioca starch.


The Ambuyat is also one of the famous delicacy for the indigenous people of Sabah and Sarawak.Ambuyat is eaten with a bamboo fork called a chandas, by rolling the starch around the prongs and then dipping it into a sour fruit sauce.


There is a similar dish of eastern Indonesia called papeda."

Ada paham? Hehe. Bagi kami, ambuyat ini macam nasi. Tapi ambuyat tak perlu di kunyah. Hehe. Best tak?  Kami guna kuah Kari yang dicampur dengan jeruk bambangan la, utk bg masam. Tak pun, guna kuah asam pedas pun tak apa =)

Sila terliur dengan gambar-gambar ini!

acar timun.

rendang ayam

gulai tongkol pisang

HAH! yang ini mesti kau orang tak pernah jumpa/nampak kan? Inilah,

Anggur Laut


Anggur Laut ini adalah salah satu spesis rumpai laut, rasanya dekat sabah sahaja orang jual dan makan. Tak pun dekat perairan Sabah sahaja yang ada kot?


Anggur Laut yang di makan bersama cicah asam.

lauk untuk dimakan bersama ambuyat.








Baiklah. Sekarang tiba masanya untuk kita melihat bagaimana ambuyat dibuat! Mula-mula, serbuk ambulung di basuh dengan menuangkan air biasa ke ambulung yang telah disimpan ke dalam mangkuk yang besar. biarkan ia selama 10 minit, toskan airnya.


Masak air panas sehingga mendidih. Sejurus shaja air panas mendidih, tuangkan ke ambulung yang sudah ditoskan tadi, seperti gambar di bawah.



gaul dan gaul.

ambuyat yang sedang masak.

tukang menumpah kami.
 menumpah adalah proses menuang ambulung itu dengan air panas. tujuannya? agar tepung ambulung itu masak dan seterusnya menjadi ambuyat! kira macam memasak lah!


Ambuyat yang telah menjadi dengan sempurna =)

sedia nak makan.

ambuyat di makan menggunakan candas, dicelup ke kuah kari asam. sluurrrpp!

tengok adik aku ini, bukan main selera lagi!

Selepas menikmati ambuyat, Layan air kelapa muda segar dari pokok kelapa di halaman rumah kami. Memang sedap, segar dan manis! walaupun tanpa gula!



Kalau anda pernah lihat proses membuat ambuyat di kaca TV yang memaparkan ambuyat di masak dikuali, sebenarnya teknik itu salah dan hanya akan digunakan dalam kes kecemasan, iaitu apabila ambuyat yang di tumpah tidak menjad/cair sangat. Ambuyat ni sebenarnya masak guna air panas mendidih yang dituang sahaja, bukan guna kuali. =)

Selamat Menjamu Selera!

No comments: