Nuffnang Ads

Friday, July 15, 2011

REZEKI

PENAT. Memang PENAT.

Aku memang anak kampung, tapi suasana dusun buah-buahan ini memang aku jarang nak merasa sebab kami takda dusun buah. Tsk. Tsk. Memang sedih.

Petang tadi Pok Man (Okay aku intro pasal Pok Man dulu, Pok Man ni pemandu teksi yang selalu hantar aku ke airport dari dahulu, sekarang pun dia yang hantar ambil aku ke kelas, aku bayar bulan dan dia dah macam atuk aku). Pok Man ajak aku dan budak-budak rumah sewa melawat ke dusun buah-buahan dia. Aku akui aku memang eksaited gila. Ngeh Ngeh.

POK MAN. =)

Ya, Saya TERUJA.

Dua lagi manusia teruja.hoho


 Dalam perjalanan dah terbayang segala buah-buahan durian, rambutan, manggis, duku, langsat, mangga, ciku dan sebagainya. Slurrp!
Sampai Sahaja Kami (Aku, Kak Intan, Mek Ta, Siti dan Pok Man) terus ronda sekitar dusun dalam misi mencari buah (durian la terutamanya!) Sila bayangkan aku sedang bercakap dengan gigih.






 Pusing dan Pusing, kami hampa. Yang kami hanya dapat adalah nyamuk. -.-

Oh Sedih. Oh Pilu.





muka HAMPA




Kami pun memutuskan untuk buat gotong-royong. Kerja Amal lah katakan. Hehe. Gambar-gambar dibawah ini mampu menerangkan segalanya.



maafkan daku atas pemandangan lemak yang tak berapa nak indah. tsk. tsk.

aku hanya anak kampung. ngeh ngeh ngeh

siti yang frust takde jumpa buah lantas mengadu nasib ke pokok kelapa. kesian.

perhatikan wajah frust beliau. tsk tsk.
 Kami kemudiannya melepak di pantai marina, telaga simpul. Malangnya, makanan tiada. ABC pun jadilah kan -.-




Selepas itu kami ke Restoran Dinnie. Buat Apa? MELANTAK. HAtiku hampa kerana tidak dapat makan buah. Oleh itu Perutku memberontak dan habis nasi sepinggan. Selamat Tinggal Diet. -.-

Sup Tulang, Sotong Pedas, Telur Dadar dan Favourite aku, Daging goreng kunyit. YUMMY!


Beliau juga bahagia bila berjumpa dengan nasi.

Nasi! Nasi! Nasi!

Sebelum balik ke rumah, kami singgah dahulu ke rumah Pok Man. Dan aku telah jatuh cinta pada:


YA, Sangat COMEL. Dan kucing ini ada di rumah sewa kami. Cuma nama takde lagi. Any Suggestions?

No comments: