Nuffnang Ads

Sunday, May 22, 2011

Bliss

Okay, memang lama aku tak update blogspot nih, bukan apa, hari tu memang aku nak update, tapi benda ni buat hal lah pulak kan, asyik unresponsive mende ntah, menyampah n terus buat aku takde mood nak blogging. hoho. tapi takpe, aku nak blogging jugak malam ini. tehee


okay, hari selasa ke rabu tuh bapak aku balik dari k-l-lumpur. sila jangan tanya kenapa aku sebut macam tuh, member aku yg sebut macam tuh so aku follow je macam orang kuning digi yang i will follow you tuh ok aku dah start merapu. balik pada topik aku tadi, bapak aku belikan lah aku, alya n mama perfume yg asalnya alya n mama je yg pesan, tapi, aku rasa papa sayang aku lebih kot, sebab tuh aku pon dapat sekali ataupun papa nak jaga ati aku sebab aku kuat merajuk nak mampus n suka memberontak dan cepat tak puas hati kalau org lain dapat tapi aku tak dapat kot. tapi biarlah kita anggap bapak aku sayang aku lebih ok? ok. hehe.


so, ini lah perfume tuh, VICTORIA SECRET okay, bukan secret recipe. hoho. aku dapat yg kaler merah tuh, nama dia very sexy, macam aku. sexy wok! haha.







okay, sebelum balik rumah harus singgah makan ya. makan mana? simple2 aje kot, Pizza Hut jer (padahal adik aku emir suka makan dan lama dah tak makan pizza tuh). Makanan memang tak sempat amek gambar sebab famili aku ni memang jenis lupa diri kalau dah jumpa makanan. dah habis baru teringat nak ambil gambar letak dalam blog biar semua orang jeles walaupun semua orang dah termuntah makan benda tuh banyak kali dari aku tapi aku tak kisah nak show off jugak. haha


Cuma mampu gambar leftover. sila jeles.

minachi-minachi kekenyangan =)




Lepas tuh esoknya kot, mama ajak ake breakfast dekat consfood (okay ini takde dekat semenanjung atau sarawak, ada dekat sabah je so aku boleh show off korang telan liur sahaja padan muka korang haha)


aku sebenarnya gilakan turkey sandwich consfood nih. jap2, consfood ni sebenarnya bakery shop/cafe, dan makanan dia memang mantap seh! terbaek wok! so pagi tuh aku order je la set breakfast roti wholemeal bakar ngan turkey tuh bersama teh tarik yang tak nampak tarik pon sebab dari machine nescafe tuh -.-


ok dah hampir2 makan nasib baik ingat nak ambil gambar =)




mama pulak nak bereksperimen pagi2 lagi, tak takut sakit perut agaknya beliau ini. haha. mama order korean noodle sebab kami kan keluarga korea. haha. rasa? bolehlah kot -.-


ok ini masih suci belum disentuh langsung =p



petang tadi aku g hantar adik kembar aku balik asrama. peneman? alya lah, siapa lagi kan, dasar tak reti duk rumah punya perempuan -.-


otw balik tuh tiba-tiba aku ada ilham nak berhenti lah kengkonon dekat tepi jalan area kem lokkawi tuh, nak ambil gambar sunset lah kononnya. the thing is, kami berhenti seberang jalan, kereta sangat2 banyak, orang pon ramai, aku malas lah nak buat u-turn 3-4 kali. nk melintas jalan pon malas sebab banyak sangat kereta. ingat nak ambil gambar bersama sunset dari dalam kereta je la tapi ternyata kepala aku terlalu besar dan tingkap kereta serta kamera telefon terlalu kecil untuk aku abadikan gambar bersama sunset tuh. lepas memerah otak selama 30 saat, aku pon memutuskan untuk cancel je la impian nak gambar bersama sunset tuh sabab aku terlalu  malas nak turun, seberang jalan atau u-turn. maka baliklah kami dengan hati yang lara. hampeh betol -.-


ok lah, aku dah penat menulis dalam gelap bertemankan cahaya laptop sebab adik aku tidur dan aku sayang kat adik aku walaupun pinggang aku dah bongkok boleh pegang watak nenek kebayan kalau istana budaya nak buat teater sebab duk cari huruf nak menaip dalam gelap macam bodoh je tapi takpe sebab aku rela dan aku sayang adik aku walaupun aku selalu memanas dengan dia sebab makan tak berhenti macam aku padahal sebab aku takut dia habiskan makanan aku. ok aku dah melalut jauh ni, so selamat malam dan kbai.


No comments: